Isnin, 24 September 2012
Luahan Hati seorang lelaki
Sedar atau tidak inilah saat yang paling sukar untukku. Entahlah. Bagaimana aku mahu berkongsi dengan orang lain. Bagaimana inginku minta bantuan dengan orang lain. Bagaimana aku mahu atasi masalahku ini. Aku selalu ingatkan diriku, saat sukar ini akan berlalu. Saat sedih ini akan berlalu. aku pandang pada hubunganku yang satu ini. Miskipun apa jua ujian yang melanda satu persoalan sahaja, mengapa aku sering dinilaikan sebegitu. Adakala sedih juga, pada hubungan yang aku harapkan untuk aku berkongsi rasa dan masalah, pada masa itu juga aku perlu hadapi masalah pada hubungan itu.Aku mahu usahakan untuk menjadikan keadaan lebih baik sedangkan dalam pada masa itu juga aku menghadapi ujian yang begitu melemahkan.
Adakala apa yang kita fikirkan, dengar dan bicara boleh menjadi salah faham pihak yang lain. Adakala hanya dengan penulisan sahaja mampu untuk menjelaskan apa yang kita rasa dalam hati kita ini.
Inilah ruang luahanku. Aku dengan hidup dalam nilai yang aku pilih. Dalam bahagia yang aku cari dalam derita yang aku alami. Jarang untuk orang lain cuba untuk mengerti. Hanya yang dekat dengan aku akan cuba untuk mengerti dan cuba erti apa yang aku cuba luahkan. Terima kasih aku ucapkan.
Bahagia itu milik semua insan. bahagia itu kita cari dan percayalah dalam kita berkata kita tidak bahagia sebenarnya kita tetap bahagia. Miskipun kita masih tetap perlu bahagia.
Dalam bicara dan dialog diari umumku ini aku cuba bicarakan apa jua pengertian yang berkaitan dalam perjalanan hidupku. Perjalanan yang sukar dan penuh derita ini aku lalui dengan tekad bahawa keadaan akan jauh akan berubah dalam masa yang akan datang. Aku pernah mengubah keadaan maka aku perlu mengusai keadaan semula.
Cinta yang hadir dalam hatiku ini tidak pernah aku nafikan. Miskipun ramai cuba menghina namun hakikat aku mahu semua mengerti aku tetap menyintai walaupun aku telah dibenci. . Cinta itu satu tanggung jawab yang mendatang.
Rasa kecewa aku ini datang kerana aku percaya dalam apa jua keadaan kita perlu bersikap terbuka, buka mata dan buka telinga dan lakukan yang terbaik.
Tidak ada siapa yang salah dan tiada siapa yang benar kerana penentuan itu boleh dipandang dalam pelbagai sudut yang berlainan. Jika aku benar maka yang kalah juga aku kerana ia melibat insan yang aku sayang dan cinta. Kita tidak boleh lari bahawa apa jua perasaan yang kita lontar kepada insan yang kita sayang maka ia akan berbalik kepada kita.
Rasa marah dan sedih hanya menambah derita apa yang kita rasa. Tekad hatiku apa jua dugaan yang datang selepas ini aku akan hadapi. Miskipun aku tinggal seorang dalam perjuangan ini.
Entahlah, I wish I could talk everything that I write here tetapi jika aku seorang sahaja berusaha ke arah itu aku tidak tahu lagi apa lagi yang aku mampu lakukan. Ia perlu 2 tapak tangan untuk berbunyi. Jika aku yang asyik bertanya dan mula bicara lama-lama aku pun hilang kata-kata. Lama-lama aku mencari ruang untuk aku luangkan apa yang ada dalam hatiku ini. Aku perlu yakin dan aku perlu yakinkan diri, bahawa dalam derita masih ada bahagia.
Langgan:
Catatan (Atom)